POLITIK
Pertemuan PPBM-PAS: 'PKR tak kecil hati, malah sambut baik' - Wan Azizah

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata tiada apa yang perlu di pertikaikan dan pihaknya tidak berkecil hati mengenai pertemuan itu. - Gambar fail
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pembentukan kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) dengan PAS sebagai satu cara mengkukuhkan pakatan Pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti (PRU14).
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jalinan kerjasama kedua-dua parti itu kelak amat baik untuk strategi PRU14 akan datang.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata tiada apa yang perlu di pertikaikan dan pihaknya tidak berkecil hati mengenai pertemuan itu.
“Kecil hati? Kenapa pula? (Pertemuan PAS-PPBM) Ini adalah satu kebaikan bersama, sebab kita tahu bahawa BN memegang kuasa begitu lama. Kita ada masalah. Maka hendak sampaikan pandangan dan polisi kita, kalau ada kerjasama antara pembangkang semua, sesuatu yang terbaik,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Permatang Pauh di Taman Arowana, di sini hari ini.
Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan diantara Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang membincangkan strategi PRU14 akan datang.
Mesyuarat tertutup itu diadakan tanpa kehadiran presiden parti masing-masing.
Susulan itu, kedua-dua parti kemudiannya mengeluarkan kenyataan bersama yang mengumumkan parti itu bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa induk.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami