awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
31/03/2023
03:39 MYT
Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, masalah kesihatan yang dialami Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang dikatakan menjadi faktor beliau meletak jawatan, bukanlah masalah politik. - Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, masalah kesihatan yang dialami Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang dikatakan menjadi faktor beliau meletak jawatan, bukanlah masalah politik.
"Saya kira tidak jejaskan apa-apa (persiapan PRN) sebab masalah kesihatan ini di luar jangka dan tentunya ia perlu diambil alih.
"Hari ini pun semua media laporkan dia (Sulaiman) ada masalah kesihatan jadi kita juga akan selidik apa sebenarnya masalah kesihatan yang dialami," katanya.
Beliab berkata demikian selepas hadir merasmikan aplikasi e-Kaunter dan piagam pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu berpendapat, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merupakan individu yang selayaknya mentadbir negeri berkenaan.
"Beliau (Ab Rauf) dah lama pimpin Melaka dan beliau juga Ketua Bahagian Masjid Tanah jadi selayaknya untuk ambil alih.
"Kerajaan negeri perlu diteruskan dan kita harapkan Malaysia Madani boleh dilaksanakan di Melaka termasuk pentadbiran Kerajaan Perpaduan," ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kononnya wujud desakan terhadap Sulaiman untuk melepaskan jawatannya, Ahmad Maslan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang merupakan ADUN Lundu melepaskan jawatan yang dipegang beliau sejak 9 Mac 2020 dan dilantik semula pada 21 November 2021.
Beliau menggantikan Adly Zahari yang gagal mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka ketika itu.
Pada Rabu, ADUN Lendu itu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid kemudian menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon bagi jawatan tersebut dengan Ab Rauf menjadi calon tunggal yang dinamakan UMNO.
Topic Berkaitan
#politik melaka
#Sulaiman Md Ali
#pertukaran ketua menteri
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan