awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin

Bernama
Bernama
16/06/2022
13:38 MYT
Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Ahmad Yunus menafikan kenyataan berkaitan pertemuan antara Sultan Selangor dengan beliau seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.
SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.
"Saya mengesahkan bahawa dalam majlis itu saya hanya mendengar titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan tidak ada sebarang perbincangan antara saya dengan baginda," katanya dalam kenyataan.
Ahmad Yunus berkata demikian bagi menafikan kenyataan berkaitan pertemuan antara Sultan Selangor dengan beliau seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan Bahasa Inggeris semalam.
Menurut laporan itu, Setiausaha Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata Ahmad Yunus dititah mengadap Sultan Sharafuddin bagi membincangkan perkara berkaitan Festival Bon Odori.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menitahkan Ahmad Yunus menghadap baginda pada Selasa lepas (14 Jun) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, dan pertemuan berlangsung kira-kira sejam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pas Selangor
#Sultan Selangor
#Bon Odori
#Ahmad Yunus Hairi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan