awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petisyen pilihan raya Parlimen Marang: Calon BN merayu ke Mahkamah Persekutuan

Bernama
Bernama
03/07/2023
11:49 MYT
Petisyen pilihan raya Parlimen Marang: Calon BN merayu ke Mahkamah Persekutuan
Calon BN Jasmira Othman (kiri) mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengekalkan kemenangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang pada PRU15. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional Jasmira Othman mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengekalkan kemenangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, antara peguam yang mewakili Jasmira memberitahu Bernama bahawa notis rayuan difailkan pada 28 Jun lepas.
Pada 27 Jun, Mahkamah Pilihan Raya di Terengganu menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Jasmira untuk mencabar kemenangan Abdul Hadi.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan Jasmira gagal membuktikan wujud unsur rasuah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas, antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15 lepas, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang Dr Zarawi Sulong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Calon BN
#Jasmira Othman
#rayuan
#petisyen Parlimen Marang
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan