PH angkuh belum pertimbang penyertaan MUDA - Ambiga

Nickyson Nyambar
September 7, 2022 15:00 MYT
Ambiga berkata, PH akan kehilangan penyokong sekiranya kekal dengan pendirian seperti itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai angkuh kerana belum mempertimbangkan hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai gabungan itu.
"Keangkuhan luar biasa daripada PH. MUDA adalah parti baharu. Sebab itu ramai yang tidak akan keluar mengundi PH.
"Anda akan kehilangan penyokong sekiranya anda kekal dengan pendirian seperti ini," kata Ambiga menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Unbelievable arrogance from PH. Muda is a breath of fresh air for goodness sakes! Thats why many are not even going out to vote for PH. Stick to your jaded script and you will lose supporters. https://t.co/opX38nOr8v

— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) September 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau merujuk laporan media yang memetik Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata Majlis Presiden PH belum berbincang mengenai hasrat MUDA untuk menyertai gabungan berkenaan.
Sebaliknya Fahmi berkata, fokus utama mesyuarat Majlis Presiden PH itu kini lebih kepada rundingan agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Setakat mesyuarat terakhir (Majlis Presiden), perkara itu tidak dibincangkan. Saya secara peribadi mengetahui niat, permohonan MUDA itu melalui media.
"Setakat ini, kami belum ada sebarang hitam putih, mungkin Setiausaha PH boleh memberikan penjelasan lebih lanjut," katanya pada sidang akhbar Rapat Mega Keadilan di ibu pejabat PKR, pada Rabu
Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, parti itu sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai salah satu parti gabungan.
Menurut Syed Saddiq, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.
#PH #muda #Datuk Ambiga Sreenevasan #PRU-15