awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat

Bernama
Bernama
06/02/2023
13:50 MYT
PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Anwar berkata, berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO tidak lama lagi sebagai menghormati parti itu yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO tidak lama lagi sebagai menghormati parti itu yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
"Kami maklum beberapa bekas ahli UMNO telah menyuarakan hasrat mereka untuk menyertai kami tetapi kami akan membincangkannya dengan pemimpin UMNO," katanya kepada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.
Dalam isu lain, Anwar yang juga Perdana Menteri memberi jaminan bahawa anaknya Nurul Izzah tidak akan menyalahgunakan kedudukan sebagai penasihat kanan beliau dalam ekonomi dan kewangan dan menekankan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak mengambil sebarang elaun untuk tugasnya.
"Tiada kemungkinan beliau menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan tender, kontrak atau projek.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ahli umno sertai ph
#PKR
#PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan