PH ingatkan anggota jangan jadi 'pelancong politik'

Diyana Ibrahim
Oktober 13, 2018 06:48 MYT
Fahmi (gambar) mengingatkan anggota Pakatan Harapan untuk mematuhi peraturan termasuk tidak berada di pusat mengundi. - Astro AWANI/Fail
Pakatan Harapan hari ini mengingatkan anggotanya untuk tidak melanggar peraturan pilihan raya.
Pengarah Komunikasi Parti Keadlilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata anggotanya perlu mematuhi peraturan termasuk larangan berada di pusat mengundi.
"Jangan masuk dalam kawasan mengundi dan kena jarak 50 meter. Kalau ada pertembungan antara parti lain, minta elakkan buat sebarang akviti berkempen.
"Kita ingatkan mereka, jangan jadi 'political tourist'. Kami minta mereka untuk tidak berkempen mengikut budaya lama. Kalau dahulu, di pusat pengundian pun ada anggota yang tarik pengundi," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Port Dickson hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun ada memberi amaran tentang pelanggaran peraturan pilihan raya oleh parti politik.
Beliau berkata terdapat aduan bahawa ada parti politik menggunakan barang kempen walau tempoh berkempen sudah tamat
Bagaimanapun beliau tidak menamakan parti politik tersebut.
#Fahmi Fadzil #Pakatan Harapan #PRK Port Dickson