JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) masih berperanan sebagai pembangkang di Johor berikutan tiada lagi perbincangan berhubung bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu setakat ini.
Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub, bagaimanapun berkata hubungan antara kedua-dua parti itu adalah sangat baik atas semangat perpaduan.
"Setakat ini, ketika saya meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) membuat penggulungan Belanjawan 2023 pada Persidangan DUN Johor (Disember tahun lepas), kami masih duduk di barisan pembangkang.
"Belum ada apa-apa keputusan di Johor, tetapi antara kami semua faham bahawa semangat perpaduan kerajaan sangat mendasari. Hubungan juga sangat baik, cuma kita tidak dapat tentukan lagi bentuk kerjasama pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Kenduri Rakyat Petugas Parlimen Pulai di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hubungan dan bentuk kerjasama PH dan BN di Johor.
Pada Pilihan Raya (PRN) Johor yang diadakan Mac tahun lepas, BN meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pada PRN itu, PH memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga), selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.
Sementara itu merujuk kepada kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH Johor, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai menjelaskan bahawa perkara itu masih dalam perbincangan.
"Mengenai kaukus, masih dalam perbincangan dan Ketua Pembangkang Andrew Chen Kah Eng (yang menggantikan Liew Chin Tong) sedang mengusahakannya," katanya.
Pada 4 Dis tahun lepas, dilaporkan Liew yang ketika itu Ketua Pembangkang sebelum digantikan Andrew ketika membahaskan Belanjawan 2023, mencadangkan kepada Pengerusi BN Johor Datuk Seri Hasni Mohammad bahawa satu Kaukus Ahli-Ahli Parlimen Johor perlu ditubuh melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH.
Hasni kemudian dilapor berkata penubuhan kaukus itu mampu memacu pembangunan Johor untuk menjadi sebuah negeri yang maju.
Pada 11 Dis tahun lepas, Onn Hafiz pula dilapor berharap kaukus itu akan memperjuangkan projek keutamaan rakyat negeri itu yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Salahuddin bergambar bersama penerima Sijil Penghargaan pada Majlis Kesyukuran Petugas PRU15 dan Jamuan Rakyat di sebuah restoran di Johor Bahru, 7 Jan 2023. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.