Skip to main content

Politik

PH Pulau Pinang bermesyuarat 8 Ogos, bincang persiapan pilihan raya - Chow

FB Chow Kon Yeow 曹觀友
Chow berkata prestasi parti komponen PH juga dijangka menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. - Gambar fail
Advertisement

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini (8 Ogos) berhubung persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu juga dijangka menyentuh beberapa perkara berkaitan perkembangan politik semasa, termasuk kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran negeri.

“Kita akan menerima laporan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan beberapa bulan lepas bagi menyelaras persiapan menghadapi PRU atau PRN. Saya percaya isu kedudukan UMNO atau BN di Pulau Pinang juga akan dibincangkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata prestasi parti komponen PH juga dijangka menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Pada PRN Pulau Pinang 2023, gabungan PH dan BN menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan DAP memenangi kesemua 19 kerusi ditandingi, PKR (tujuh), Amanah (satu) dan BN (dua).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement