BUTTERWORTH: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang diberi tempoh sebulan untuk memuktamadkan perbincangan dan mencapai persetujuan dengan Barisan Nasional (BN) negeri berhubung peruntukan kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN, bagaimanapun setakat ini perbincangan tersebut belum dimulakan.
"Kami baru menerima arahan untuk berunding tetapi kami belum memulakannya. Dengan arahan terbaru itu, kami mempunyai tempoh masa sebulan dari semalam, untuk memuktamadkan rundingan.
"Proses ini akan berterusan sehingga persetujuan dapat dicapai, kami menjangkakan beberapa pusingan rundingan. Pusingan pertama rundingan akan bermula dengan parti komponen PH dan selepas itu kami akan berunding dengan BN," katanya pada sidang media di Konvensyen DAP Pulau Pinang 2023 di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada DAP Pulau Pinang sudah mula menapis calon berpotensi untuk pilihan raya negeri akan datang, Chow yang juga pengerusi parti negeri berkata perkara itu akan diselesaikan secara peringkat demi peringkat, kerana parti itu perlu terlebih dahulu mengetahui berapa banyak kerusi yang boleh ditandingi.
Namun demikian Chow berkata beliau berharap, DAP akan terus menang dengan cemerlang dan mengekalkan 19 kerusinya di Pulau Pinang, jika tidak lebih lagi.
Sementara itu, ketika berucap pada perasmian konvensyen itu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Pulau Pinang memainkan peranan penting, dalam memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Beberapa bulan sahaja lagi kita akan menghadapi satu lagi cabaran besar iaitu pilihan raya negeri di enam negeri termasuk Pulau Pinang, yang akan menentukan hala tuju negeri dan sama ada Kerajaan Perpaduan boleh meneruskan pentadbiran.
"Justeru Pulau Pinang memainkan peranan penting untuk Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal di Putrajaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN. - Gambar fail

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Peruncit diingatkan jangan sorok, letak syarat beli gula
Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.

Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.

PRN: MIC, MCA ada minta kerusi - Kon Yeow
Parti MIC dan MCA Pulau Pinang telah meminta beberapa kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang.

Kerajaan Persekutuan sedia kerjasama dengan Pulau Pinang luaskan Lembah Silikon - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Pulau Pinang dalam usaha memperluaskan wilayah Lembah Silikon di negeri itu termasuk ke kawasan tanah besar.

Pendaki Everest hilang: Kerajaan Negeri sedia hulur bantuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia menghulurkan bantuan berkaitan kepada keluarga pendaki Everest yang hilang, Muhammad Hawari Hashim.

Pulau Pinang tarik pelaburan berimpak tinggi bernilai RM22.7 bilion pada 2022
Pulau Pinang mencatatkan pelaburan berimpak tinggi bernilai RM22.7 bilion dengan 18,844 pekerjaan dijana pada tahun lepas.

Saya tak pernah konfrontasi dengan Kedah isu air - Kon Yeow
Chow Kon Yeow menegaskan bahawa beliau tidak pernah berkonfrontasi dengan Kerajaan Kedah dalam isu bekalan air sebelum ini.

Pulau Pinang bubar DUN akhir Jun
Kerajaan Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Gangguan air: 90 peratus Seberang Perai dan bahagian Pulau kembali terima bekalan
Kadar pemulihan air kepada pengguna di Seberang Perai dan bahagian Pulau masing-masing telah mencapai 90 peratus.

Cuaca panas: Pulau Pinang arah PBAPP susun pelan tindakan, pastikan empangan bertahan
Kerajaan Pulau Pinang telah mengarahkan PBAPP untuk menyusun semula pelan tindakan bagi memastikan rizab air mentah di Empangan Air Itam dapat bertahan sehingga 120 hari lagi.

P. Pinang terus lakukan pembenihan awan
Chow Kon Yeow berkata operasi pertama yang dilaksanakan pada 2 hingga 4 Mei lepas boleh dianggap membuahkan hasil.