awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH Sarawak rangka strategi awal hadapi PRN

Rohana Wahed
Rohana Wahed
16/07/2018
02:24 MYT
PH Sarawak rangka strategi awal hadapi PRN
Chong Chieng Jen berkata 29 kerusi dijangka diagih kepada DAP, 40 untuk PKR dan 13 lagi untuk Amanah. -Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengatur formula khas dan menurunkan kesemua calon di 82 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memberi laluan mudah menawan tampuk pentadbiran negeri itu.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata untuk itu, 29 kerusi dijangka diagih kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), 40 untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 lagi untuk Parti Amanah Negara (Amanah).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) itu berkata, strategi awal itu dirangka sebagai sebahagian jentera siap siaga PH Sarawak.
"Kita akan menyelesaikan masalah pertindihan kerusi seperti berlaku sebelum ini.
"Yang utama, kita akan memastikan kemenangan PH di negeri ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, malam tadi.
PH juga menempatkan calonnya di dua kerusi kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menang tanpa bertanding pada PRN lepas iaitu Bukit Kota dan Bukit Sari.
Chieng Jen bagaimanapun berhasrat melepaskan kerusi Kota Sentosa jika ada calon berpotensi menang pada PRN yang dijangka diadakan pada tahun 2021.
Topic Berkaitan
#Bukit Kota
#Bukit Sari
#Chong Chieng Jen
#Kota Sentosa
#Pakatan Harapan Sarawak
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#PBB
#PH Sarawak
#pilihan raya Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan