PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14

Firdaus Azil
Januari 7, 2018 08:29 MYT
Gandingan Tun Mahathir dan Dr Wan Azizah dinamakan calon perdana menteri dan timbalan sekiranya PH menang PRU14. - Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju menamakan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Pakatan Pembangkang itu juga bersetuju menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.
BACA: Pilih Tun M, Pakatan Harapan lewat 37 tahun - Nazri Aziz
Katanya, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan juga akan berusaha mendapatkan Pengampunan Diraja agar Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara dapat dibebaskan segera dan seterusnya dicalonkan menjadi Perdana Menteri ke-8.
Konvensyen Pakatan Harapan hari ini juga bersetuju untuk susunan 165 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU14 nanti.
PPBM - 52 Kerusi
PKR - 51 Kerusi
DAP - 35 Kerusi
Amanah - 27 Kerusi
#Anwar Ibrahim #calon #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Mahathir Mohamad #menteri #Pakatan Harapan #pembangkang #Perdana Menteri #PM #presiden #PRU #PRU14 #Saifuddin Abdullah #Timbalan Perdana Menteri #Wan Azizah #Wan Azizah Wan Ismail