PH sokong 'total lockdown', tetapi dengan tujuh syarat

Afiezy Azaman
Mei 29, 2021 02:35 MYT
Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH menyokong keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun.
BACA: 'Total lockdown' seluruh negara bermula 1 Jun - Perdana Menteri
Bagaimanapun terdapat tujuh syarat yang dituntut oleh jawatankuasa itu.
Antara syarat tersebut ialah kerajaan perlu memberi bantuan one-off kepada golongan B40 dan M40, moratorium pinjaman bank selama tiga bulan, dan rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Ini termasuk memastikan bekalan barangan keperluan harian yang mencukupi, harga barang keperluan tidak naik, memastikan penghantaran barang keperluan tidak terhalang, dan bantuan bakul makanan," kata kenyataan jawatankuasa itu yang dikeluarkan pada Sabtu.
Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.
COVID-19 | Total Lockdown dilaksanakan bermula 1 Jun 2021
Pejabat Perdana Menteri berkata menerusi 'total lockdown' atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
#Pakatan Harapan #Perdana Menteri #COVID-19 #total lockdown #perintah berkurung #Majlis Keselamatan Negara #harga barang #Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan