awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH tidak tutup pintu kepada pembelot, tetapi ada syarat - Tun M

Bernama
Bernama
12/05/2018
20:30 MYT
PH tidak tutup pintu kepada pembelot, tetapi ada syarat - Tun M
Mahathir bercakap pada sidang media untuk mengumumkan pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, di Petaling Jaya, pada Sabtu. REUTERS
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) hanya akan menerima pembelot daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah dan telah berikar untuk tidak lagi setia kepada BN.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata setiap pembelot akan diperhatikan dan tahap penglibatan mereka dalam kerajaan terdahulu akan dikaji.
"Kerajaan terdahulu diketuai pemimpin-pemimpin tertentu. Tetapi jika mereka (pembelot BN) dah bersumpah menghentikan kesetiaan terdahulu dan bebas daripada sebarang pertuduhan dan mahu menyertai mana-mana parti atau menjadi bebas tetapi menyokong PH, kita akan sokong mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan kenapa PH menerima ramai pembelot BN pada sidang media untuk mengumumkan pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, di sini, pada Sabtu.
Dalam sidang media itu, Dr Mahathir menamakan calon tiga jawatan kanan dalam barisan Kabinet baharu iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Sebagai rujukan kepada Sarawak, Dr Mahathir berkata perbincangan masih dijalankan antara PH dan pemimpin negeri.
"Kami berjumpa dengan ramai orang dalam kerajaan Sarawak dan kami akan melihat sama ada ia memberi manfaat kepada kami atau tidak dan kami akan bertindak sewajarnya," katanya.
Semalam, Dr Mahathir mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur untuk kemungkinan BN Sarawak menjadi sekutu PH dalam kerajaan baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Sabu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#pembelot
#PPBM
#Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan