POLITIK
Pilihan Raya Sarawak: PKR lancar Lima Janji Demi Sarawak

PKR juga akan berjanji untuk membina infrastruktur di Sarawak setanding di Semenanjung Malaysia. - Foto Astro AWANI / Haritz Asyraf Hasnan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berjuang untuk meringankan beban sara hidup rakyat Sarawak dengan memansuhkan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Itu antara lima fokus utama PKR menerusi manifesto Lima Janji Demi Sarawak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dilancarkan hari ini.
Selain itu, PKR juga akan berjanji untuk membina infrastruktur di Sarawak setanding di Semenanjung Malaysia termasuk jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik, hospital, universiti dan lain-lain bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat peluang ekonomi dan pendidikan yang terbaik.
"Malah, PKR akan mengembalikan hak autonomi Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia serta memberi royalti petrolium sebanyak 20 peratus.
"PKR bersama Pakatan Sarawak akan melaksanakan perubahan positif seperti telah dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang yang bersih, melawan rasuah dan memperjuangkan keadilan untuk semua," katanya dalam sidang media pelancaran manifesto berkenaan.
Selain itu, PKR turut menggariskan 18 pelan tindakan termasuk kedaulatan dan urus tadbir, kebebasan beragama, keadilan ekonomi selain memperkasa masyarakat setempat.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Terdapat 1.13 juta pengundi pada pilihan raya negeri kali ini.
Selain PKR, Barisan Nasional Sarawak turut melancarkan manifestonya hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami