awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihanraya Sarawak: Kertas undi diedar ke 41 Dun luar Kuching

Noraida Abdul Kassim
Noraida Abdul Kassim
02/05/2016
06:00 MYT
Pilihanraya Sarawak: Kertas undi diedar ke 41 Dun luar Kuching
Antara barangan yang dihantar adalah kertas undi biasa, dakwat mengundi dan lain lain keperluan dengan menggunakan tiga buah helikopter. - Gambar fail
Proses penghantaran kertas undi ke pusat-pusat mengundi di luar bahagian Kuching oleh pihak Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) menggunakan pengangkutan udara bagi pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei, selesai pagi ini.
Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata, untuk proses penghantaran hari ini, sebanyak 41 Dun yang terlibat iaitu membabitkan zon Sri Aman, Sibu, Miri dan Limbang.
Pengerusi SPR Swak ,Datuk Takun membuat pemeriksaan kertas undi yg akan dihantar menggunakan heli pg ini. @501Awani pic.twitter.com/kX66TWyg3S
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 2, 2016
Menurutnya, antara barangan yang dihantar adalah kertas undi biasa, dakwat mengundi dan lain lain keperluan dengan menggunakan tiga buah helikopter.
"Proses penghantaran kertas undi hari ini mengunakan tiga buah helikopter.
"Untuk helikopter ianya akan digunakan untuk menghantar kertas undi di daerah Sarikei, Pakan, Julau, Song, Kapit, Belaga, Tanjung Manis, Daro dan Mukah," katanya dalam sidang media ketika hadir ke pangkalan udara Hornbill Skyways di sini bagi proses penghantaran keperluan proses pengundian pagi ini.
proses pemunggahan barangan untuk pengundian ke dalam helikopter yg akan dihantar di Dun luar kuching. @501Awani pic.twitter.com/7VaVcZvrHO
— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) May 2, 2016
elain helikopter, dua buat pesawat Fix Wing atau pesawat ringan turut digunakan.
Selain helikopter, dua buat pesawat Fix Wing atau pesawat ringan turut digunakan untuk mengedarkan kota-kotak undi. - Foto Astro AWANI / Noraida Abdul Kassim
Beliau turut memaklumkan, selain helikopter, dua buat pesawat Fix Wing atau pesawat ringan turut digunakan.
"Manakala untuk Fix Wing atau pesawat ringan pula akan menghantar kertas undi ke daerah Sibu, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang yang proses penghantaran kertas-kertas undi dilaksanakan mengunakan pangkalan udara Hornbill Skyways di Kuching."
BACA: Ini sekilas fakta PRN Sarawak yang anda perlu tahu
Bagi PRN kali ini, terdapat 1,138,650 jumlah pengundi berdaftar, 1,113,522 adalah undi biasa, 25,022 undi awal dan 106 undi pos.
Sementara itu, untuk proses pengundian awal yang akan berlangsung esok, sejumlah 79 lokasi pengundian akan digunakan dengan 100 saluran untuk pengundi awal akan dibuka bagi seluruh negeri Sarawak membabitkan anggota polis dan tentera.
Topic Berkaitan
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Takun Sunggah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan