KUALA LUMPUR: Pemilihan bagi jawatan Presiden MIC mungkin ditangguhkan hingga 12 Jun dari tarikh 5 Jun yang ditetapkan sebelum ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir pada 7 Jun.
Setiausaha Agung MIC Datuk M. Asojan berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada hasil hari penamaan calon pada 26 Mei di ibu pejabat parti sama ada akan terdapat pertandingan untuk jawatan tertinggi tersebut.
"Sekiranya hanya ada satu calon, maka presiden baharu akan diumumkan pada 5 Jun. Bagaimanapun, jika terdapat lebih daripada seorang, maka pemilihan akan diadakan pada 12 Jun selepas PKP," katanya kepada Bernama hari ini.
Tempoh jawatan presiden semasanya iaitu Tan Sri S.A Vigneswaran akan tamat pada 14 Julai.
Sebelum ini dilaporkan bahawa pemilihan bagi jawatan tertinggi lain MIC akan diadakan selepas pemilihan presiden parti bergantung kepada situasi negara.
Asojan, yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC, memberi jaminan bahawa proses penamaan calon akan dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Setakat ini, beliau berkata jawatankuasa itu telah menyerahkan kertas pencalonan kepada semua ketua cawangan yang kemudian akan memanjangkannya kepada ketua bahagian sebelum diedarkan kepada pengerusi negeri yang akan membawanya ke ibu pejabat MIC pada 26 Mei.
"Kami hanya ada 13 negeri, jadi hanya 13 pengerusi negeri yang akan hadir pada hari penamaan calon jika terdapat calon lain. Tidak ramai yang akan hadir pada hari penamaan calon," katanya.
Menyentuh isu serupa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula belum memutuskan sama ada akan menangguhkan kongres kebangsaan parti itu yang dijadualkan berlangsung di Selangor pada awal bulan depan.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Bernama bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Pada 3 Mei lepas, Saifuddin dilaporkan berkata bahawa Kongres Kebangsaan ke15 PKR akan diadakan pada 5 dan 6 Jun di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dalam bentuk hibrid bagi mematuhi SOP COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021
Asojan memberi jaminan bahawa proses penamaan calon akan dijalankan dengan SOP yang ketat. - Astro AWANI
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti
Dr Wan Azizah berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR
Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.
Fahmi kenang perjalanan 25 tahun PKR
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
'Kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Permohonan masuk PKR ditangguh, pastikan tiada 'trojan horse' - Fahmi
Fahmi berkata beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai PKR namun setelah diteliti, permohonan terpaksa ditangguh.