KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan terdapat desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, dakwaan itu merupakan fitnah jahat yang cuba memecah-belahkan gabungan tersebut.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya wujud khabar angin itu dan tidak timbul desakan oleh kedua-dua komponen penting Pakatan Harapan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang
"Yang kita bincangkan adalah ke depan ini bagaimana kita akan bawa suara rakyat bersama rakan-rakan pembangkang lain yang telah kita tunjukkan semasa pemilihan Perdana Menteri kesembilan.
"Saya percaya ada puak yang tidak senang dengan muafakat ini dan mereka mencipta khabar angin yang berniat jahat dan tentunya perkara ini tidak timbul sama sekali," jelas beliau kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad juga menafikan khabar angin itu dan menegaskan Anwar tidak boleh disalahkan ekoran kegagalan mengambil alih kerajaan.
"Suara-suara dari mereka yang rasa kecewa kerana tidak berjaya ambil alih kerajaan tempoh hari. Tidak boleh disalahkanDSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana 220 MP (Ahli Parlimen) yang memilih terdiri dari mereka yang sudah berpihak.
"Paling kurang kita berjaya dapat satu padukan pembangkang dan mendapat 105 undi, walaupun pihak lawan bertungkus lumus ingin melaga-lagakan kita," katanya kepada Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp.
Satu sumber yang rapat dengan PH memaklumkan kepada Astro AWANI terdapat desakan supaya Anwar meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan tersebut.
Sumber itu memberitahu, desakan itu disuarakan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan pada petang Isnin.
Desakan agar Anwar meletak jawatan itu dibuat selepas pemimpin DAP dan Amanah mahu PH mendapatkan ketua yang baharu dan menjalinkan kerjasama dengan lebih luas dengan parti lain.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 23 2021
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad juga menafikan khabar angin itu dan menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh disalahkan ekoran kegagalan mengambil alih kerajaan. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.