PKR Johor hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung isu Tabung Hartanah Bumiputera di negeri tersebut.
Pengerusinya Hassan Karim berkata langkah itu diambil setelah pihaknya meneliti semula jumlah terkumpul tabung berkenaan yang dibentangkan di sidang DUN lalu.
Jumlah tersebut didapati berbeza dengan yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.
Jelasnya, perkara itu turut menimbulkan keraguan memandangkan negeri berkenaan sedang panas dengan isu berkaitan skandal penyelewengan hartanah melibatkan beberapa individu berkepentingan.
Menurut Hassan, dalam satu jawapan bertulis, kerajaan negeri dilapor mengumpul sejumlah RM323 juta sejak 2013 dalam dana tabung untuk membantu golongan Bumiputera membeli rumah.
Namun, menurut beliau, kerajaan negeri kemudian mendakwa berjaya mengumpul RM600 juta setakat ini.
Jelas Hassan, perkara yang menimbulkan kekeliruan ialah jumlah RM600 juta yang terkumpul tersebut bukanlah daripada laporan penyata perakaunan dan tidak disokong sebarang dokumen ketika kenyataan itu dibuat.
Beliau dalam pada itu juga menyarankan agar siasatan dijalankan dengan telus dan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Shahrul Hassan
Thu Mar 09 2017
Hassan (gambar) berkata langkah itu diambil setelah pihaknya meneliti semula jumlah terkumpul tabung berkenaan yang dibentangkan di sidang DUN lalu. -Gambar fail
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim
Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti, tegas Dr Akmal.
PKR belum putuskan tindakan disiplin terhadap Hassan Karim
PKR belum membuat sebarang keputusan mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim susulan kelantangan beliau dalam menyuarakan pelbagai isu ketika ini.
Hassan Karim sedia dikenakan tindakan disiplin, dipecat
Hassan tidak berkecil hati, jauh sekali takut dengan teguran secara keras dan terbuka di media sosial oleh Menteri Komunikasi.
Jangan campak Anwar bawah bas, PH akan hancur - Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan meminta Pakatan Harapan menumpukan segala tenaga dan fikiran kepada Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi
Belanjawan 2021 gagal sediakan jaring keselamatan sosial mencukupi untuk warga pekerja - Ahli Parlimen PKR
Belanjawan 2021 dilihat gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk warga pekerja di Malaysia.
12 calon layak isi jawatan pengerusi PKR Johor - Anwar
Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PKR Johor, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hassan Karim diharap tarik balik surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor - Jimmy Puah
Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse secara peribadi juga mahukan Hassan kekal sebagai tampuk pimpinan parti di negeri itu.
Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan bahawa bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak boleh disamakan dengan bencana banjir.
PKR Johor gesa SPRM buka siasatan isu Tabung Hartanah Bumiputera
Hassan Karim berkata langkah itu diambil setelah pihaknya meneliti semula jumlah terkumpul tabung berkenaan yang dibentangkan di sidang DUN lalu.