awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM kali ketiga: Tun M boleh tunjuk minat, tetapi berilah peluang kepada calon lebih muda - Mohd Rafiq

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/09/2022
04:22 MYT
PM kali ketiga: Tun M boleh tunjuk minat, tetapi berilah peluang kepada calon lebih muda - Mohd Rafiq
Mohd Rafiq berpandangan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu seharusnya memberi laluan kepada calon yang lebih muda. - BERNAMA
BATU BERENDAM: Semua individu berhak untuk menawarkan diri mengetuai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, termasuk kesediaan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekali lagi.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ini kerana keputusan itu akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.
Bagaimanapun beliau berpandangan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu seharusnya memberi laluan kepada calon yang lebih muda.
"Kita tahu tahap kesihatan Tun sering memberi cemas bukan saja penyokong parti beliau tetapi .. Walaupun berbeza parti rakyat Malaysia masih ramai yang kasih dan sayang kepada Tun. Jadi kita dapat makluman Tun banyak kali dikejarkan ke hospital untuk dapat rawatan berkaitan kesihatan beliau.
"Pandangan saya, kalau boleh saya nak minta ayahanda Tun beri ruang kepda pemimpin yang lebih muda daripada beliau untuk menerajui negara kita. Kalau beliau beri peluang banyak calon yang lebih muda boleh melakukan yang terbaik untuk negara kita.
"Tun dah jadi PM hampir 24 tahun. Pandangan saya tanpa menjejaskan rasa hormat saya, saya pohon kalau boleh boleh Tun berilah peluang kepada yang lebih muda untuk menerajui negara kita pada PRU akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Futsal Parlimen Tangga Batu di Kompleks Sukan Batu Berendam, pada Ahad.
BACA: "Kalau desakan datang sampai tak ada orang dah, saya terimalah" - Dr Mahathir
Mengulas lanjut katanya, kewibawaan Ahli Parlimen Langkawi yang juga perdana menteri keempat dan ketujuh itu sememangnya tidak boleh dipertikaikan memandangkan beliau pernah menggalas tanggungjawab itu selama 22 tahun.
Namun beliau percaya, dengan situasi dan rentak politik masa kini, lebih ramai calon lain khususnya yang lebih muda dapat melakukan yang terbaik untuk negara.
Media sebelum ini melaporkan Dr Mahathir menyatakan kesediaan menjadi perdana menteri sekali lagi sekiranya tiada pilihan calon lain yang sesuai dan sekiranya beliau memegang jawatan itu buat kali ketiga, ia bukanlah untuk tempoh lima tahun, mungkin hanya untuk setahun.
Begitupun, beliau mengakui ramai mahu beliau menjadi calon perdana menteri sekali lagi sekiranya berjaya memenangi PRU15 namun beliau masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak jawatan tersebut.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#PRU15
#Mohd Rafiq
#GTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan