PM ke-10: Anwar Ibrahim adakan sidang media selepas angkat sumpah
Nickyson Nyambar
November 24, 2022 08:51 MYT
November 24, 2022 08:51 MYT
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang medianya yang pertama sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas dilantik jawatan itu, bertempat di Sungai Long Club House, di sini hari ini.
Seperti yang disahkan oleh pegawai medianya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan bergerak dari Istana Negara selepas selesai lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia.
Beliau berada di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi istiadat berkenaan jam 5 petang.
Ketika ini para media telah berkumpul di Sungai Long bagi mengikuti ucaptama beliau sebagai Perdana Menteri.
Perhatian rakyat di seluruh negara ketika ini pastinya tertumpu pada momen bersejarah ini.