awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM perlu tumpu kepada keutuhan kepimpinan, penentu sama ada kerajaan lima bulan atau lima tahun

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/12/2022
06:04 MYT
PM perlu tumpu kepada keutuhan kepimpinan, penentu sama ada kerajaan lima bulan atau lima tahun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi perhatian khusus terhadap keutuhan kerajaan pimpinannya bagi mengelak isu sama pada tahun 2020 berulang. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi perhatian khusus terhadap keutuhan kerajaan pimpinannya bagi mengelak isu sama pada tahun 2020 berulang.
Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Muhammad Asri Mohd Ali berpendapat, Perdana Menteri harus melihat isu tersebut sebagai perkara paling penting disusuli kecekapan, kualiti dan kebolehan menteri dilantik.
Menurutnya, keutuhan yang akan menentukan sama ada kerajaan pimpinan beliau adalah kerajaan lima bulan atau kerajaan lima tahun.
BACA: Pembentukan Kabinet: PM Anwar selesai menghadap Agong selepas 40 minit
“Selain daripada kecekapan, kebolehan, soal keutuhan, kekentalan atau berapa lama Kabinet ini mampu bertahan sebab kita ada pengalaman dalam kerajaan gabungan sebelum ini.
“Sekiranya parti-parti komponen tidak bersetuju dengan sesetengah polisi dan berlaku krisis, mereka menarik diri dan ini menyebabkan satu kerajaan itu tidak utuh atau kekal lama seperti mana kita lihat pada tahun 2020.
“Saya fikir perkara ini perlu diberi perhatian penting. Masalah atau dinamika politik dalam parti komponen itu perlu diberi perhatian serius supaya tidak mengganggu agenda reformasi atau ‘reset’ yang akan dibawa Perdana Menteri Ke-10,” katanya dalam Buletin AWANI pada Jumaat.
Pembentukan Kabinet | Menjelang pengumuman senarai Kabinet
Tambah beliau, Anwar kini mempunyai kesempatan terbaik untuk mengumpulkan kombinasi mantap bagi melaksanakan agenda yang beliau suarakan sebelum ini.
“Anggota Kabinet, jangkaan masyarakat itu mahu melihat kombinasi cantik, menarik, orang ada pengalaman dalam Kabinet dan kita perlukan idea baharu daripada teknokrat,” ujarnya.
Menurut Muhammad Asri lagi, negara memerlukan satu kombinasi kepakaran dan kebolehan luar biasa kerana Malaysia akan berdepan persekitaran, ekonomi yang juga luar biasa.
“Dunia dilaporkan akan mengalami kemerosotan, kemelesetan, kadar inflasi lebih tinggi pada tahun hadapan. Baik kiranya kita membawa masuk teknokrat dalam bidang itu untuk bersama dalam Kabinet.
“Begitu juga soal perundangan. Baru-baru ini Majlis Raja-Raja ada menyebut berkenaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, itu antara isunya. Sebenarnya, banyak isu berkaitan perundangan seperti baru-baru ini, ‘hate speech’.
“Kita ada undang-undang tapi sejauh mana undang-undang itu dilaksanakan? Ini antara bentuk kecekapan dan profesional yang perlu diberi perhatian,” ujarnya.
Pantau Kerajaan Baharu | Menjamin Kabinet yang bersih, berintegriti & cekap
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#barisan kabinet
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan