Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
POLITIK

PM Tun Mahathir umum penubuhan 10 kementerian

Astro Awani 11/05/2018 | 04:18 MYT
Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng ketika sidang media selepas mesyuarat kabinet di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumum 10 kementerian yang akan membentuk Kabinet awal baharu Pakatan Harapan (PH).

Perdana menteri berkata ini bagi membolehkan mereka segera melaksanakan janji-janji yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.

Beliau turut menegaskan peranan semua parti dalam Pakatan Harapan adalah sama.

Justeru semua parti akan mempunyai wakil dalam jemaah menteri berkenaan.

Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur sebentar tadi, Tun mengumumkan kementerian terbabit adalah:

1) Kementerian Kewangan,
2) Kementerian Dalam Negeri,
3) Kementerian Pertahanan,
4) Kementerian Pendidikan,
5) Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
6) Kementerian Ekonomi,
7) Kementerian Kerja Raya,
8) Kementerian Pengangkutan,
9) Kementerian Multimedia Sains dan Teknologi
10) Kementerian Luar Negeri


Tun Mahathir berkata, siapakah menteri yang akan menjawat setiap portfolio terbabit akan diumumkan esok selepas perbincangan oleh setiap komponen parti hari ini.
#ekonomi #kabinet #Kementerian Dalam Negeri #Kementerian Kewangan #Kementerian Pendidikan #Kuala Lumpur #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #pendidikan #Perdana Menteri #PM