POLITIK

PMO nafi Muhyiddin jumpa pemimpin politik

Astro Awani 02/03/2020 | 06:13 MYT
Muhyiddin pada hari pertama bertugas di Pejabat Perdana Menteri pada Isnin. - Gambar fail
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat atau berjumpa dengan pemimpin politik hari ini.

Dalam satu kenyataan media PMO berkata, Muhyiddin hanya dijadual bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Perjumpaan ini adalah bagi menyelaraskan pentadbiran negara.

Kenyataan PMO


Pada pagi Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaan kes pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Muhyiddin.
Mahkamah Zahid




Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara, pada Ahad.
#Malaysia 2020 #Mohd Zuki Ali #Muhyiddin Yassin #MY2020 #Perdana Menteri #Zahid Hamidi