awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/09/2023
08:20 MYT
PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekiranya beliau mahu menyertai parti itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekiranya beliau mahu menyertai parti itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.
“Jadi prinsip kami kita mengalu-alukan Ahli Parlimen untuk bersama dalam PN dan perkara prinsip keadilan, isu besar negara. Soal dia nak duduk di posisi mana itu hak masing-masing.
“Bukan makna bila kita duduk dalam kerajaan kita tidak boleh kemukakan ketegasan kita.
“Ada Ahli Parlimen kerajaan pun lantang menyuarakan pandangan masing-masing.
"Dia tegur, sepatutnya dalam sistem demokrasi memang begitu. Jadi kita alukan Syed Saddiq dan termasuk juga Ahli Parlimen lain yang lantang kerana kecewa dengan pemerintahan,” katanya.
Ketika ditanya adakah PN menawarkan kedudukan kepada beliau, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan tiada tawaran diberikan kepada Syed Saddiq.
“Buat masa ini dia bebas, kita tidak tawarkan apa-apa, kita terbuka dan kita daripada PN alukan mana pihak yang nak bersama dengan PN,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim tidak menolak isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi ‘senjata’ PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
“Saya rasa ia sebahagian daripada bahan kempen…siapa yang tidak ambil peluang ini rugi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Syed Saddiq
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan