SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) Selangor memperkenalkan pra slogan 'Selangor Baharu' sebagai tawaran kepada rakyat di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Kita ada dua atau tiga slogan yang lebih kurang sama, tetapi Selangor Baharu mungkin digunakan (Pas dan Bersatu) untuk kita menghadapi PRN Selangor.
"Pada masa ini, PN sedang mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pelancaran slogan itu secara rasmi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Kata beliau, slogan itu diyakini dapat membawa mesej penting kepada rakyat bahawa PN bersedia mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor sekiranya diberi mandat pada PRN berkenaan.
"Kita kemukakan alternatif kepada rakyat negeri Selangor dengan memberi keutamaan untuk memastikan kepimpinan negeri kembali kepada anak negeri terutama jawatan penting seperti Menteri Besar Selangor.
"Jawatan (menteri besar) mestilah terdiri dalam kalangan anak negeri supaya ada citra Selangor dan faham selok-belok kesusahan serta permasalahan rakyat.
"Kalau menteri besar bukan anak Selangor, ada sedikit jurang di situ dan Exco PH (Pakatan Harapan) ketika ini pun tujuh daripada 10 bukan anak Selangor," kata beliau.
Ujarnya, kepimpinan kerajaan PH Selangor pada masa ini mestilah seimbang meskipun ramai pemimpin mereka bermastautin di negeri ini.
"Kita tidak ada masalah dengan anak bukan Selangor, tetapi ia mestilah seimbang dan tidak berlebihan," jelas beliau.
Selain itu, kata Roslan Shahir, slogan itu antara lain menawarkan kepada rakyat tentang kebolehan calon pemimpin dalam komponen itu yang sebelum ini pernah memberi khidmat kepada rakyat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.
"Calon kita mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam mengurus dan mentadbir, maka mereka seharusnya diberi peluang dalam PRN Selangor," katanya.
Ditanya adakah slogan itu menjadi manifesto PRN Selangor, Roslan Shahir memberitahu, Pas ketika ini mahu mempopularkan slogan itu terlebih dahulu.
"Mungkin jadi manifesto PRN Selangor, tetapi kita tunggu apabila perkara ini telah dimuktamadkan," tambahnya.
PN memperkenalkan pra slogan 'Selangor Baharu' sebagai tawaran kepada rakyat bagi menghadapi PRN. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023

PN memperkenalkan pra slogan 'Selangor Baharu' sebagai tawaran kepada rakyat bagi menghadapi PRN. Gambar kecil: Roslan Shahir. - Foto Sinar Harian

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN
Roslan berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.

Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah
Juwairiya berkata, keluasan tanah rizab Melayu Selangor berjumlah 160,233.86 hektar (395,946.50 ekar) pada tahun 2013.

Penyebaran bahan promosi LGBT, negara sekular perlu diambil tindakan - Pas Selangor
Pas Selangor sambut baik titah Sultan Sharafuddin atas keprihatinan membendung umat Islam daripada budaya songsang LGBT serta konsep negara sekular.

Saya jadi saksi Dr Rani insan berhati mulia - Hannah Yeoh
Beliau terkejut selepas mendapat perkhabaran tersebut ketika hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina dan bergegas ke Meru, Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'
Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.

Pemuda Pas tempelak sikap ahli politik sibuk kumpul SD
Rakyat masih terbeban dengan pelbagai kesan pandemik dan sudah tentu keadaan semasa ini juga akan membawa gangguan kepada kestabilan politik negara.

Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor meninggal dunia
Menurut Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital COVID-19 baru-baru ini.

COVID-19: Ketua Pemuda Pas Selangor tidak kritikal - DPPNS
Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa Hanafi Zulkapli berada dalam keadaan kritikal.