Skip to main content

Politik

PN sasar muktamad agihan kerusi PRN Johor Khamis ini - Annuar

KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa bersama Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjawab soalan media selepas menghadiri Mesyuarat Pembahagian Kerusi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa bersama Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjawab soalan media selepas menghadiri Mesyuarat Pembahagian Kerusi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor di Pejabat Agung Pas. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) telah menyelesaikan lebih separuh rundingan pembahagian kerusi antara parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Ketua Penerangan PN Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi PN hari ini menyaksikan setiap parti membentangkan senarai kerusi yang ingin ditandingi dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Ada beberapa kerusi yang tidak ada pertindihan, hal itu sudah selesai. Yang ada bertindih, kita setuju untuk  sambung dalam mesyuarat susulan pada 10 pagi esok,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Beliau berkata PN menyasarkan pengumuman berhubung pembahagian kerusi itu dapat dibuat secepat mungkin, dijangka pada Khamis ini, selepas hasil rundingan dibawa kepada mesyuarat induk PN.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata semua parti akan bertanding menggunakan logo PN pada PRN Johor.

“Guna logo PN, insya-Allah … . Memang rundingan ini pasal logo PN, bukan ada isu lain,” katanya.

Ditanya sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru diluluskan sebagai anggota PN turut mengemukakan senarai kerusi, Muhammad Sanusi berkata parti berkenaan ada berbuat demikian, namun keputusan mengenai perkara itu akan dibuat PN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun ini sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala 7 Julai untuk pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement