awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN sebagai tunjang perlu jadi naratif parti kerajaan hadapi PRU15 - Redzuan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
25/08/2022
07:34 MYT
PN sebagai tunjang perlu jadi naratif parti kerajaan hadapi PRU15 - Redzuan
Menurutnya, sebuah kerajaan stabil yang dibentuk melalui kerjasama parti-parti komponen itu mampu dicapai dan ianya akan menguntungkan masyarakat majoriti.- Gambar fail
CHANGLUN : Parti-parti yang berada di dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu meletakkan satu naratif iaitu Perikatan Nasional (PN) sebagai tunjang dalam pembentukan kerjasama bagi menghadapi dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menegaskan, ia susulan PN memiliki komposisi tertinggi ahli Parlimen di dalam kerajaan yang mampu mengetuai kerjasama bagi memperoleh majoriti di Dewan Rakyat.
Menurutnya, sebuah kerajaan stabil yang dibentuk melalui kerjasama parti-parti komponen itu mampu dicapai dan ianya akan menguntungkan masyarakat majoriti selain tidak mengetepikan hak masyarakat minoriti di Malaysia.
"(Mahu membentuk) kerjasama (atau tidak), saya rasa terpulang kepada kepimpinan tertinggi untuk menentukan masa depan kita, kalau kita nak bergerak untuk mengekalkan kerajaan hari ini, naratif (yang) kita perlu bawa adalah kita (Perikatan Nasional) sebagai tunjang kepada komponen lain yang saya nampak ada sedikit masalah untuk mengetuai penyatuan dalam usaha memenangi simple majority untuk membentuk kerajaan dalam PRU15.
"(Kerjasama itu) termasuklah (dengan Barisan Nasional) BN, saya terbuka, yang penting (adalah) bangsa, negara dan agama (terbela), jadi tak salah saya menyatakan hasrat (pembentukan kerjasama) itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir di Program Semarak Merdeka 65 sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Pejabat Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pusat Komuniti Desa (PKD) Napoh pada Khamis.
Minggu lalu, Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin, menyatakan bahawa parti itu tidak pernah menutup ruang untuk proses kerjasama meskipun BN terutamanya UMNO menyatakan pendirian untuk bergerak solo dalam menghadapi PRU15.
Bagaimanapun, tegasnya, kebaikan Pas itu perlu dibalas dengan tindakan yang memberi manfaat kepada kesepakatan umat, bukannya amalan 'tikam belakang' seperti dilakukan pihak tertentu ketika ini.
Sebelum itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyatakan keputusan BN untuk bergerak solo pada PRU15 adalah muktamad dan dibuat sebulat suara oleh parti.
Katanya, BN yakin mempunyai potensi untuk menang, namun kerja keras perlu dilakukan untuk meraih lebih banyak kerusi.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#ismail sabri yaakob
#Mohd Redzuan Yusof
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan