awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN sudah hantar surat mohon tarikh jumpa PM - Hamzah

Bernama
Bernama
18/08/2022
06:51 MYT
PN sudah hantar surat mohon tarikh jumpa PM - Hamzah
Hamzah berkata, pertemuan pemimpin PN yang berlangsung sebelum ini dengan Ismail Sabri adalah merupakan sembang santai. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh perikatan itu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini yang memaklumkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri sebelum ini adalah pertemuan tidak rasmi.
"Saya menteri Kabinet, jadi saya selalu jumpa Perdana Menteri dan minggu lepas adalah jumpa dia (Perdana Menteri) tetapi tidak secara rasmi.
"Kita sembang-sembang dulu, adalah sembang tapi yang secara rasminya saya sudah minta untuk diberi tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN," katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal aduan buli di sini hari ini.
Pada 13 Ogos, Perdana Menteri berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama PN pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.
Ismail Sabri berkata pertemuan yang berlangsung di bangunan Parlimen itu dihadiri Hamzah dan Bendahari PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ditanya adakah isu jawatan Timbalan Perdana Menteri akan dibangkitkan dalam pertemuan rasmi itu nanti, Hamzah berkata beliau akan bawa apa sahaja permintaan daripada PN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#jumpa PM
#Hamzah Zainudin
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan