SHAH ALAM : Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang malam ini.

Pengumuman calon PN Selangor akan diumumkan di Padang Awam MBPJ, Taman Medan, Pulau Pinang di Pejabat Pas Pulau Pinang manakala Kedah di Kompleks Pas Kedah.

Bagi pengumuman calon PN di Kelantan dan Terengganu pula masing-masing akan dibuat di Stadium Sultan Muhammad I, Kota Bahru dan Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang malam esok (27 Julai).

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua agihan kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selesai dimuktamadkan sepenuhnya. - Sinar Harian