awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN umum calon PRN Selangor Rabu ini

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2023
04:07 MYT
PN umum calon PRN Selangor Rabu ini
Hamzah berkata, majlis pengumuman calon bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya, kira-kira jam 8 malam. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai 56 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Rabu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, majlis pengumuman calon bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya, kira-kira jam 8 malam.
Menurut beliau, semua agihan kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selesai dimuktamadkan sepenuhnya.
"Senarai semua calon bertanding di Selangor akan diumumkan oleh Pengerusi PN Negeri, (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang pada malam Ahad.
Ketika ditanya mengenai 'poster boy' dan calon Menteri Besar Selangor, beliau berkata, semuanya akan terjawab pada majlis pengumuman calon berkenaan.
"Kita terlebih dulu akan mengumumkan nama calon dan perkara berkaitan pada Rabu ini dan soal itu (poster boy) kita tunggu dulu," ujarnya.
Hamzah memberitahu, pengumuman calon bagi lima negeri lain juga akan dibuat oleh Pengerusi PN negeri masing-masing.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, PN menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membuat penilaian dalam membantu komuniti kaum India.
Hamzah memberitahu, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau itu sudah diluluskan Majlis Tertinggi pada minggu lalu.
"Semua kaum India juga boleh menyertai mana-mana parti komponen dalam PN sama ada Bersatu, Pas dan Gerakan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, pengagihan kerusi pada PRN Selangor menyaksikan Bersatu bakal bertanding di 31 kerusi, Pas (18) Gerakan (6) dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) satu kerusi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#calon PN
#PN umum calon
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan