Politik Sabah: 'Saya hanya nasihat, pemimpin negeri akan tentukan keputusan' - PM

Mirlen Axtius
Januari 9, 2023 16:14 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika mengadakan pertemuan malam ini. - Foto fail
KOTA KINABALU: Terpulang kepada pemimpin Sabah sendiri untuk membuat keputusan berhubung kemelut politik di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, beliau hanya mampu memberi nasihat berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, katanya keadaan kini sudah bertambah baik.
Tambah Anwar, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang mencari formula yang baik untuk Sabah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Keadaan bertambah baik. Saya dan Zahid cari formula baik untuk Sabah dan keputusannya akan diputuskan sendiri oleh pimpinan negeri ini.
"Sebenarnya kita hanya mampu memberi nasihat," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin politik Sabah di Magellan Sutera, di sini, malam ini.
Hadir bersama Ahmad Zahid dan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Pertemuan tertutup itu dihadiri pemimpin utama parti politik di Sabah.
#Politik Sabah #kemelut politik #Perdana Menteri Anwar Ibrahim