awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populariti Anwar tinggi di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2023
08:25 MYT
Populariti Anwar tinggi di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan
Pengundi di negeri-negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) masih sangsi dengan segala usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas lapan bulan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 negara, populariti dan kadar kepuasan hati rakyat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) merekodkan dapatan berbeza melalui kajian yang dijalankan firma penyelidikan politik, Ilham Center.
Kaji selidik bertajuk 'Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Dan Dasar Malaysia Madani: Tumpuan Di Enam Negeri Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15', menunjukkan kadar kepuasan hati responden terhadap prestasi Perdana Menteri di Pulau Pinang sebanyak 70 peratus manakala Selangor dan Negeri Sembilan berkongsi peratus yang sama iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak 62 peratus kadar berpuas hati.
Sebaliknya kata Pengarah Eksekutif IIham Center, Hisommudin Bakar, di negeri ditadbir pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah mencatatkan kadar kepuasan hati yang rendah.
Ini membawa makna katanya, pengundi di negeri-negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) masih sangsi dengan segala usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
“Secara keseluruhan daripada enam negeri ini, jumlah yang berpuas hati dengan Perdana Menteri ialah 42 peratus,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Sejumlah 2,416 responden di enam negeri terlibat dengan PRN telah memberikan kerjasama dan terlibat dalam kaji selidik yang bermula pada 11 sehingga 27 Julai lalu.
Manakala terdapat 102 responden terlibat dalam temu bual mendalam (in depth - interview) dan kumpulan fokus (focus group discussion) yang meliputi kumpulan anak muda, pemimpin tempatan dan wanita.
Bagi kaji selidik secara tatap muka di lapangan, data dikumpul oleh enumerator menggunakan kaji selidik dan protokol temu bual separa berstruktur.
Proses pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif ini merangkumi seluruh enam negeri berkenaan dengan kaedah pensampelan rawak berstrata meliputi semua peringkat umur, etnik, kumpulan isi rumah, tahap pendidikan, pekerjaan dan lokaliti yang berbeza.
Dari segi etnik Hisommudin menambah, dapatan kajian memperlihatkan kaum Melayu menunjukkan kadar kepuasan hati sebanyak 24 peratus berbanding sokongan padu dari kaum Cina (89 peratus), India (81 peratus) dan lain-lain (75 peratus).
“Bagi negeri yang ditadbir Kerajaan Perpaduan seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, responden memberikan penilaian yang baik terhadap Perdana Menteri namun peratusan ini diimbangi dengan penilaian berbeza di negeri yang ditadbir pembangkang.
“Kajian ini juga menunjukkan wujud dua garis ketara mengikut kaum. Kaum bukan Melayu jelas menyokong usaha yang dilakukan dengan memberikan penilaian positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan namun sebaliknya kaum Melayu memberikan kadar kepuasan hati yang sederhana,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#populariti Anwar
#ILHAM Centre
#negeri pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan