awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPBM lebarkan pengaruh ke Sarawak: GPS tiada halangan

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2018
16:21 MYT
PPBM lebarkan pengaruh ke Sarawak: GPS tiada halangan
Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya bersikap terbuka terhadap isu ini memandangkan banyak parti lain daripada Pakatan Harapan telah mempunyai cawangan di negeri ini. - Gambar fail
Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai sebarang halangan terhadap hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk melebarkan pengaruh parti itu ke negeri itu.
Ketua Menterinya Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya bersikap terbuka terhadap isu ini memandangkan banyak parti lain daripada Pakatan Harapan telah mempunyai cawangan di negeri ini.
“Kalau Tun nak menyebarkannya itu keputusan PPBM kerana kita pun ada parti yang lain yang ada sayap di Sarawak ini. tetapi dari sudut Sarawak, memanglah kita akan bekerjasama dalam konteks parti-parti Sarawak,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, perkara itu juga tidak dibincangkan dalam pertemuan khas Aidilfitri bersama Tun Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal di Sri Perdana pada Ahad.
Dalam sidang medianya di Yayasan Al-Bukhary petang Isnin, Tun Mahathir berkata parti PPBM sedang mempertimbangkan mewujudkan cawangan parti itu di Sarawak, tetapi tidak di Sabah.
Abang Johari ditemui media ketika melakukan ziarah Aidilfitri ke kediaman Adun Tanjung Datu, yang juga isteri bekas Ketua Menteri Sarawak, Datin Patinggi Jamilah Anu.
Topic Berkaitan
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Ketua Menteri
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PPBM
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan