POLITIK
PPBM pertimbang masuk Sarawak - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kehadiran PPBM seiring dengan permintaan rakyat Sarawak dan sebagai usaha PPBM untuk menambah keahliannya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang mempertimbangkan untuk melebarkan pengaruh parti itu ke Sarawak.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia seiring dengan permintaan rakyat Sarawak dan sebagai sebahagian usaha PPBM untuk menambah keahliannya.
“Kita berpendapat bahawa kita mungkin akan ke Sarawak tetapi ia belum diputuskan oleh kerana parti-parti di bawah Pakatan Harapan yang lain sudah ada di Sarawak dan di situ PPBM tiada.
“Kita tidak akan ke Sabah kerana kita anggap Warisan tu sebagai parti sahabat. Jadi tidak perlu kita ke Sabah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM pada Isnin.
“Ahli biasa UMNO kalau sokong PH boleh sertai PPBM. Tapi pemimpin dan wakil rakyat kita akan buat pilihan tertentu samaada boleh terima atau tidak sebagai ahli PPBM,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami