POLITIK
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pengiktirafan berkenaan mengesahkan PPP sebagai anggota penuh BN dan pengumuman rasmi sengaja ditangguhkan supaya dapat dibuat semasa Perhimpunan Agung PPP. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) kini diiktiraf sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata formaliti pengiktirafan itu akan diadakan pada mesyuarat dewan tertinggi BN di Kota Kinabalu, pada 21 Jan.
"Di sini saya memegang surat perutusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang bertarikh 25 Nov 2025 yang berbunyi bahawa PPP sebuah parti dalam Barisan Nasional," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PPP ke-72 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Hadirin dan perwakilan kemudiannya bangun dan bersorak kegembiraan sambil meluangkan 'hidup PPP'.
Turut hadir Presiden PPP Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Ketua Wanita BN/UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad, Ketua Pemuda BN/UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, barisan kepimpinan tertinggi serta perwakilan PPP.
Beliau berkata selepas ini, tiada mana-mana parti yang boleh mempertikaikan kedudukan sah PPP dalam BN.
Pada sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata pengiktirafan berkenaan mengesahkan PPP sebagai anggota penuh BN dan pengumuman rasmi sengaja ditangguhkan supaya dapat dibuat semasa Perhimpunan Agung PPP.
"Saya dan rakan-rakan sengaja melambatkan pengumuman ini, kerana kami menunggu Perhimpunan Agung PPP diadakan," katanya.
Zahid berkata keanggotaan teras BN kini melibatkan lima parti iaitu UMNO, MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PPP.
Beliau berkata pengiktirafan PPP adalah penting bagi memastikan kestabilan serta memperkukuh kesatuan dalam kalangan parti komponen BN.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Parti Progresif Penduduk (PPP) diiktiraf sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
- Formaliti pengiktirafan PPP sebagai parti dalam BN dijadualkan pada mesyuarat dewan tertinggi BN di Kota Kinabalu pada 21 Januari.
- Pengiktirafan ini memastikan PPP sebagai anggota penuh BN, menjadikan keseluruhan parti terdiri daripada lima parti termasuk UMNO, MIC, MCA, PBRS, dan PPP, bertujuan untuk memperkukuh kesatuan dalam BN.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata formaliti pengiktirafan itu akan diadakan pada mesyuarat dewan tertinggi BN di Kota Kinabalu, pada 21 Jan.
"Di sini saya memegang surat perutusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang bertarikh 25 Nov 2025 yang berbunyi bahawa PPP sebuah parti dalam Barisan Nasional," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PPP ke-72 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Hadirin dan perwakilan kemudiannya bangun dan bersorak kegembiraan sambil meluangkan 'hidup PPP'.
Turut hadir Presiden PPP Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Ketua Wanita BN/UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad, Ketua Pemuda BN/UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, barisan kepimpinan tertinggi serta perwakilan PPP.
Beliau berkata selepas ini, tiada mana-mana parti yang boleh mempertikaikan kedudukan sah PPP dalam BN.
Pada sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata pengiktirafan berkenaan mengesahkan PPP sebagai anggota penuh BN dan pengumuman rasmi sengaja ditangguhkan supaya dapat dibuat semasa Perhimpunan Agung PPP.
"Saya dan rakan-rakan sengaja melambatkan pengumuman ini, kerana kami menunggu Perhimpunan Agung PPP diadakan," katanya.
Zahid berkata keanggotaan teras BN kini melibatkan lima parti iaitu UMNO, MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PPP.
Beliau berkata pengiktirafan PPP adalah penting bagi memastikan kestabilan serta memperkukuh kesatuan dalam kalangan parti komponen BN.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pengiktirafan terkini yang diberikan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) oleh Barisan Nasional (BN)?
A: PPP kini diiktiraf sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) berdasarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Q: Bilakah formaliti pengiktirafan PPP sebagai parti komponen BN dijadualkan akan diadakan?
A: Formaliti pengiktirafan PPP sebagai parti komponen BN dijadualkan akan diadakan pada mesyuarat dewan tertinggi BN di Kota Kinabalu pada 21 Januari. - Q: Apakah jumlah parti yang terlibat sebagai anggota teras BN setelah pengiktirafan PPP?
A: Pasca pengiktirafan PPP, keanggotaan teras BN melibatkan lima parti iaitu UMNO, MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PPP.