awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPRS sedia 73 calon bebas tanding PRN Sabah

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2022
02:15 MYT
PPRS sedia 73 calon bebas tanding PRN Sabah
Datuk Mohd Fadli Fathullah berkata sokongan daripada gabungan NGO itu menunjukkan bahawa rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan dalam mentadbir di setiap kawasan masing-masing. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) bersedia dengan 73 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding bebas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Presidennya, Datuk Mohd Fadli Fathullah berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu telah meneliti segala masalah yang dihadapi rakyat di kesemua kawasan DUN Sabah termasuk di pedalaman.
Banyak masalah diterima pihak NGO sudah terlalu lama iaitu sejak 10 hingga 30 tahun lalu dan tiada tindakan dilakukan oleh pihak tertentu, termasuk wakil rakyat yang diberikan mandat di kawasan berkenaan.
"Keadaan itu memanggil NGO PPRS membentuk jawatankuasa serta menampilkan calon yang akan bertanding di setiap DUN mewakili calon Bebas di mana kami telah membentuk gabungan 1,252 NGO bersama kami," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, menerusi sokongan daripada gabungan NGO itu menunjukkan bahawa rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan dalam mentadbir di setiap kawasan masing-masing.
"Kami juga NGO PPRS sentiasa memantau serta memberikan perkhidmatan dalam tunjuk ajar kepada calon yang bakal kami tampilkan dalam membantu masalah dihadapi rakyat di negeri ini.
"Bagi setiap calon yang bertanding bebas dan memenangi kerusi tu nanti akan kami sediakan 10 NGO di setiap DUN untuk membuat pemantauan setiap masa bagi rakyat menyalurkan maklumat.
"Tindakan pantas akan dilakukan dalam usaha menangani masalah rakyat di setiap DUN Sabah," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PPRS
#NGO
#Mohd Fadli Fathullah
#kawasan pedalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan