Presiden Iran gesa negara Islam ambil tindakan tegas mengenai Palestin

Bernama
November 11, 2023 10:21 MYT
Raisi berkata, bahawa Palestin merupakan sebab di sebalik penubuhan OIC sebelum ini. - Gambar fail
TEHRAN: Presiden Iran Ebrahim Raisi menggesa para pemimpin negara-negara Islam untuk mencapai keputusan tegas berhubung isu Palestin dan melaksanakannya bersungguh-sungguh, lapor Agensi Berita Iran IRNA.
Beliau berkata demikian sebelum berlepas untuk menghadiri mesyuarat luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Raisi berkata pertemuan itu menjadi harapan semua orang terutama umat Islam.
"Dijangka ketua-ketua negara Islam akan membuat keputusan tegas mengenai isu Palestin, dan keputusan itu akan dilaksanakan sepenuhnya," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata bahawa Palestin merupakan sebab di sebalik penubuhan OIC manakala menghentikan serta-merta mengeboman Israel ke atas Gaza, membuka laluan untuk membantu penduduk Gaza, menghapuskan kepungan dan merealisasikan hak rakyat Palestin adalah matlamat utama organisasi.
Riyadh menjadi tuan rumah sidang kemuncak luar biasa OIC pada Sabtu.
-- BERNAMA
#Perang Palestin-Israel #Presiden Iran #oic #negara Islam