Presiden Pas tidur empat jam sehari

Sinar Harian
Mei 6, 2018 03:53 MYT
ABDUL HADI: Saya perlu tidur empat jam sehari atas nasihat doktor, tidak boleh kurang kerana pernah melalui pembedahan jantung sebelum ini. - Gambar fail
Calon Pas bagi Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, biarpun sibuk dengan segala aktiviti politik sepanjang PRU14, namun isu kesihatan tidak pernah beliau abaikan.
Walaupun hanya tidur selama empat jam sehari, namun beliau mendisplinkan diri dan mengikut segala nasihat doktor untuk kekal sihat sepanjang tempoh berkempen yang akan tamat Selasa ini.
“Sekarang hanya tidur selama empat jam sahaja, saya perlu tidur empat jam sehari atas nasihat doktor, tidak boleh kurang kerana pernah melalui pembedahan jantung sebelum ini," katanya, hari ini.
Presiden parti Pas itu berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila di sini, hari ini. Bersama beliau, Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pada PRU13, Abdul Hadi turut bertanding di kerusi Dun Rhu Rendang namun kerusi itu dilepaskan kepada Ahmad Samsuri untuk mempertahankan kubu kuat parti Pas itu pada PRU14 kali ini.
Beliau yang menyandang kerusi Parlimen Marang hanya mempertahankan kerusi parlimen itu selepas memenanginya pada PRU13 dengan majoriti 5, 124 undi menewaskan calon BN, Datuk Yahya Khatib Mohamad.
#Abdul Hadi Awang #Dun Rhu Rendang #empat jam #kesihatan #MalaysiaMemilih #Marang #PAS #PRU14 #tidur