MUAR: Semua pengundi luar kawasan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram termasuk pengundi UMNO digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada 9 Sept ini, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata ini bukan masanya untuk menunjukkan protes terhadap proses pilihan raya atau cubaan merosakkan undi kerana keputusan PRK ini amat penting dalam memastikan kedua-dua kerusi berkenaan kekal milik kerajaan.
"Mereka nak protes apa, kalau mereka protes bererti tempat ini akan jadi kawasan pembangkang apa faedah untuk lima tahun akan datang, jadi kita kena fikir panjang sebelum ambil keputusan.
Ia merupakan tanggungjawab kita untuk memastikan kerusi Simpang Jeram dan Pulai berada dalam kerajaan dan tidak berada dalam pembangkang. Itu akan merugikan, oleh itu pengundi-pengundi di perantauan pulanglah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra sempena kempen PRK Simpang Jeram di Taman Permata Indah, yang turut disertai calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman.
Sementara itu Ahmad Maslan berkata tiada keperluan untuk Peguam Negara memberikan penjelasan berhubung tindakan pendakwaan memberhentikan prosiding yang mendorong kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Sequerah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Jumaat lepas.
Beliau berkata ini memandangkan pasukan pendakwaan telah memberikan 11 alasan memohon pendakwaan dihentikan, selain kenyataan media Jabatan Peguam Negara mengenai justifikasi tindakan itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.
Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi tambahan nilai sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pada PRK di Simpang Jeram dan Pulai, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan, tidak menolak kemungkinan itu.
"Sudah tentu bagi siapa melihat dari sudut berbeza. Betulkan pandangan," katanya.
Dalam pada itu Nazri berkata beliau sama sekali tidak terkesan dengan keputusan mahkamah berhubung kes Ahmad Zahid, terutama sekali dalam aspek perjalanan kempen beliau.
"Keputusan itu adalah keputusan yang adil dan mengambil kira semua aspek," katanya.
PRK di Simpang Jeram dan Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya mewakili PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan.
SPR menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Ahmad Maslan beramah mesra dengan penduduk pada Program Santuni Penduduk Taman Pertama Indah Sungai Abong sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hari ini. - Foto Bernama
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu