awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Mahkota: DAP bantu kempen calon BN - Loke

Bernama
Bernama
27/08/2024
08:10 MYT
PRK DUN Mahkota: DAP bantu kempen calon BN - Loke
Loke berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan semalam, selain turut menamakan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi sebagai penyelar/Bernama
PELABUHAN KLANG: DAP akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan berlangsung kelak.

Ringkasan AI
  • DAP akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, dengan Wong Shu Qi sebagai penyelaras utama.
  • Ekonomi yang semakin mengukuh dan kemakmuran negara di bawah Kerajaan Perpaduan akan menjadi naratif utama DAP dalam kempen PRK ini.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Mahkota pada 28 Sept, dengan penamaan calon pada 14 Sept dan pengundian awal pada 24 Sept, susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan semalam, selain turut menamakan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi sebagai penyelaras utama dalam membantu kempen itu.
"Kita sentiasa berada di lapangan... kita ada pusat khidmat dan cawangan-cawangan kita di sana selain memiliki petugas parti sepenuh masa di kawasan itu.
Kesemua mereka ini akan dikerahkan untuk membantu kempen memenangkan calon Kerajaan Perpaduan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Latihan dan Profesionalisme Industri Pelabuhan Dan Haulier (PATH) Peringkat Kebangsaan di Pelabuhan Utara di sini hari ini.
Menteri Pengangkutan itu berkata ekonomi semakin mengukuh dan kemakmuran negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan akan menjadi naratif yang bakal dibawa DAP dalam memikat hati pengundi sekali gus mempertahankan kerusi itu pada PRK berkenaan.
"Di Johor banyak perkembangan ekonomi, pelaburan baharu projek-projek pengangkutan dan infrastruktur yang besar berlaku di sana, termasuk di Kluang dengan siapnya projek landasan berkembar Gemas ke Johor Bahru yang akan melalui Kluang tidak lama lagi.
DUN Mahkota berada di bawah Parlimen Kluang yang pastinya akan mendapat limpahan manfaat daripada pembangunan ini," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.
Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#PRK Mahkota
#pilihan raya kecil
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan