PRK DUN Rantau: SPR edar kad pengundi mulai hari ini

Astro Awani
Mac 27, 2019 11:08 MYT
Azhar berkata, ia sebagai usaha menggalak dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi di PRK Dun Rantau iaitu pada hari mengundi awal pada 9 April dan hari mengundi biasa pada 13 April ini. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi kepada 20,922 orang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang meliputi 118 orang pengundi awal dan 20,804 orang pengundi biasa mulai hari ini.
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, ia sebagai usaha menggalak dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi di PRK Dun Rantau iaitu pada hari mengundi awal pada 9 April dan hari mengundi biasa pada 13 April ini.
"Kad pengundi tersebut mengandungi maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran, bilangan, tarikh dan masa mengundi.
"Pengundi yang telah menerima kad pengundi tidak lagi perlu membuat semakan di Barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat berkaitan telah dinyatakan dalam kad tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa pengundi masih perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti untuk mengundi dan diingatkan supaya membawa kad pengundi atau catatan maklumat daftar pemilih pada hari mengundi bagi memudahkan semakan.
"Bagi mana-mana pengundi yang tidak menerima kad pengundi berkenaan, kerana kemungkinan telah berpindah mereka boleh membuat semakan maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran dan nombor bilangan.
"Semakan boleh dibuat melalui portal SPR www.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) (SPR SEMAK NOMBOR KAD PENGENALA
#Azhar Azizan Harun #Barung SPR #DUN Rantau #kad pengenalan #Malaysia Baharu #Malaysia Memilih #pengundi #Rantau Memilih #Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia