JOHOR BAHRU: Hujan lebat pagi ini tidak menjadi penghalang buat seorang pengundi yang bekerja di Singapura menunaikan tanggungjawabnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.
C.Tamill, 57, yang merupakan jurutera kilang besi di republik itu, terpaksa bergegas ke pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini, kerana beliau perlu masuk kerja pada 2 petang ini.
"Saya selesai mengundi pada 9 pagi tadi, tidak sangka pula hujan lebat dan baju hujan pula terlupa bawa.
"Pada Sabtu dan Ahad kebiasaannya saya ambil kerja lebih masa, sebab itu saya bersiap awal pagi dan pergi mengundi dahulu sebelum masuk kerja petang ini. Mengundi memang kewajiban, jadi ada sahaja waktu terluang saya pergi cepat-cepat," katanya yang tinggal di Taman Nusa Bestari kepada Bernama ketika ditemui di pusat mengundi itu.
Bapa dua anak itu yang bekerja di Singapura lebih 10 tahun dengan menaiki motosikal, turut berharap wakil rakyat yang terpilih nanti dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik.
Pegawai kewangan syarikat swasta di Singapura, Tan Hui Huan, 45, pula berkata beliau tiada halangan untuk mengundi hari ini memandangkan Sabtu dan Ahad adalah hari cutinya.
"Saya sudah bekerja di Singapura lebih 20 tahun dan sepanjang tempoh itu saya tidak pernah terlepas mengundi. Hari ini hujan lebat dan saya pula perlu bawa sekali ibu untuk mengundi, nasib baik petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bantu bawa payung dan iringi kami ke dalam," katanya.
Ibu empat anak itu pada masa sama mengharapkan agar wakil rakyat yang terpilih dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di situ.
Sementara itu, warga emas Na Ah Moy, 70, yang berkerusi roda kerana menghidap kencing manis, juga tidak melepaskan peluang untuk mengundi pada 9 pagi tadi.
"Saya tidak pernah terlepas mengundi sejak dulu lagi, cuma kali ini saya tidak dapat berjalan kerana kaki sebelah kiri telah dipotong tahun lepas akibat kencing manis.
"Namun, saya berazam pada pilihan raya akan datang saya hendak berjalan kaki dengan menggunakan bantuan alatan berjalan," katanya.
Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati pengundi bertali arus di pusat mengundi terbesar di Parlimen Pulai itu meskipun hujan lebat, dengan petugas SPR bertindak pantas dan tidak menang tangan membawa payung mengiring pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu pengundi yang hadir dalam cuaca hujan lebat sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, hari ini. - Foto Bernama

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Sukan Asia Hangzhou: Nur Suryani, Alia terlepas final 10m air rifle
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
Larian amal RimbaKita, platform promosi kelestarian alam
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia yang bersifat santai itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat usia.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

UNGA: Manila gesa penyelesaian aman berhubung pertikaian di Laut China Selatan
Filipina menggesa "penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa" berhubung pertikaian di Laut China Selatan.

Selena Gomez rasa terbeban jadi wanita paling ramai pengikut di Instagram
Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez merupakan wanita yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram buat masa ini.

BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.

PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.

PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.

PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.

PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.

PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.

PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu