awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
14/11/2023
08:48 MYT
PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid
Menurut Ahmad Zahid, BN sedia berhadapan sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu nanti. - Foto Bernama
TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) sedia berhadapan sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Kita sedia hadapi sesiapa sahaja, sama ada bekas pemimpin daripada parti kita yang mengkhianati (kita), atau daripada parti asal yang telah dibatalkan kemenangannya," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa Satu di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian semasa ditanya reaksi BN, jika Pas menampilkan bekas pemimpin UMNO sebagai calon pada PRK Parlimen Kemaman, memandangkan bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa juga pernah disebut-sebut sebagai antara nama dicadangkan bagi pilihan raya kecil itu.
Pas setakat ini, masih belum mengumumkan calon mereka, namun antara nama yang dikatakan berada dalam senarai pendek ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, dan pemenang kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Che Alias Che Alias Hamid, sebelum kemenangannya dibatalkan.
BN pula telah mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, sebagai calon gabungan itu pada PRK tersebut.
Pada perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata BN akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) berkempen dalam situasi banjir, jika bencana itu berlaku dalam tempoh PRK berlangsung, memandangkan Monsun Timur Laut dijangka bermula bulan ini.
"Kita akan ikut SOP yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi (berkempen) di pusat pemindahan sementara (PPS) itu pada hemat saya sudah tentunya, yang penting adalah untuk kita menghargai dan menyantuni mangsa banjir itu terlebih dahulu," katanya.
PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan Che Alias, dengan SPR telah menetapkan hari pengundian berlangsung pada 2 Dis manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal ialah masing-masing pada 18 dan 28 Nov ini.
Pada PRU15, calon BN Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada Che Alias dengan majoriti 27,179 undi sekali gus menyaksikan Pas mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#Zahid Hamidi
#calon Barisan Nasional
#Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan