JOHOR BAHRU: Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu, memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, politik memperalat agama sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP berkata, tindakan itu hanya akan mencalarkan kesucian Islam dan lebih bahaya lagi, ia boleh membenihkan ekstremisme yang meruntuhkan perpaduan rakyat.
"Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah ber'fatwa' meng'haram'kan rakyat Pulai dari mengundi Suhaizan Kayat semasa fasa kempen yang lalu. Jadi soalan saya sekarang, adakah PN anggap pengundi disana telah lakukan dosa dan perlu bertaubat?
"Saya nak ingatkan PN bahawa pilihan raya adalah proses biasa demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Ini termaktub dalam Perlembagaan dan selari dengan semangat 'masdaqal ijtima'iyyah' atau 'people's mandate' dalam perbahasan maqasid syar'iyyah," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Sheikh Umar berharap PN kembali fokus menjadi pembangkang yang konstruktif dengan peranan untuk bantu kerajaan membangunkan rakyat dan memulihkan ekonomi selain mencadangkan polisi-polisi yang baik.
"Berhentilah daripada perangai adu domba dan manipulasi agama demi kepentingan politik. Ia hanya merugikan rakyat dan negara," katanya.
Calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang juga bekas Speaker DUN Johor memperoleh 48,283 undi, berbanding Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) mencatat 29,642 undi dan Samsudin Mohamad Fauzi daripada Bebas pula meraih 528.
Di Simpang Jeram pula, Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang mewakili PH diumumkan menang dengan majoriti 3,514 undi.
Berdasarkan undian rasmi Nazri memperoleh 13,844 undi, diikuti calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya (10,330 undi) dan calon Bebas, S Jeghanaathan (311 undi). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, politik memperalat agama sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Tanah runtuh di Taman Melawati
Tanah runtuh di Taman Melawati
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
AWANI Borneo [15/10/2024] – Hujan lebat & angin kencang | Belanjawan 2025 | Hak milik tanah
AWANI Borneo Selasa, 15 Oktober 2024 bersama Pia Ernadya.
Amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak malam ini.
Belanjawan 2025, peruntukan pembangunan luar sabah bandar jadi fokus - Hajiji
Sarawak sukat dan urus ehwal pemilikan tanah dengan teliti.
Amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak malam ini.
Belanjawan 2025, peruntukan pembangunan luar sabah bandar jadi fokus - Hajiji
Sarawak sukat dan urus ehwal pemilikan tanah dengan teliti.
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kes pencemaran Sungai Kim Kim: Myokymia punca anak tidak cemerlang subjek PJ - Bapa
Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa penyakit Myokymia menjadi punca anaknya gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ).
Sarawak sukat dan urus ehwal pemilikan dengan teliti
Kerajaan Sarawak terutamanya jabatan tanah dan survei menyukat dan mengurus ehwal pemilikan dengan cara yang terbaik dan teliti.
Jabatan Perikanan Laut Sarawak lepaskan 12 ribu benih ikan siakap
Jabatan Perikanan Laut Sarawak melepaskan 12 ribu benih ikan siakap di Muara Tebas, Kuching bagi memastikan kelestarian ekosistem dengan memulihara populasi ikan berkurang akibat aktiviti penangkapan ikan tidak terkawal dan kemerosotan habitat semula jadi.
Sabah komited bangunkan ekonomi berorientasikan masa depan
Sabah sudah bersedia menjadi hab kemajuan teknologi dengan inovasi digalakkan dan dipupuk secara aktif.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam dunia yang berkembang pesat hari ini, integrasi teknologi dan inovasi amat penting dalam pembangunan ekonomi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dalam dunia yang berkembang pesat hari ini, integrasi teknologi dan inovasi amat penting dalam pembangunan ekonomi.
Peruntukan pembangunan luar bandar terus jadi fokus
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu bagi merapatkan jurang antara luar bandar dan bandar serta menambah baik kemudahan asas, khususnya dalam menangani isu berkaitan sekolah dan klinik daif.
Bantuan awal persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Hajibah Alan dapat memenuhi keperluan dua anak-anaknya yang masih bersekolah.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu