JOHOR BAHRU: Calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, sebagai 'berita baik' buatnya.
Menurut Zulkifli, beliau tidak menolak kemungkinan para pengundi di Parlimen Pulai pada 9 September ini akan memberikan 'undi protes' kepadanya susulan keputusan yang memihak kepada Presiden UMNO itu, semalam.
"Baik untuk sayalah, sebab rakyat pandai menilai. Dengan keluarnya berita ini, rakyat akan menilai daripada berita itu. Menilai siapa pemimpin yang patut (mereka) ikut dan hormati.
"(Undi protes), Insya-Allah pastilah. Sebab apa sebelum ini pun kita tahu banyak (tentang pertuduhan Ahmad Zahid) dan lagi-lagi selepas keluarnya berita itu, Alhamdulillah (saya) bersyukur. Pada saya, berita yang baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau perjalanan pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas semua 47 pertuduhan yang dihadapinya.
Ia selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Ahmad Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata sepanjang kempen yang telah memasuki hari ke-11 hari ini, sokongan yang diterima daripada para pengundi di Parlimen Pulai begitu memberangsangkan termasuk masyarakat Cina.
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.
Dalam masa yang sama, Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai berkata, pengalaman terlibat aktif dalam bidang sukan memberi kelebihan buatnya mendekati kumpulan pengundi muda.
Pada PRK Parlimen Pulai 9 September ini, Zulkifli berdepan saingan tiga penjuru daripada calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat dan calon Bebas, Samsudin Mohd Fauzi.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 05 2023

Zulkifli (dua, kiri) berkata sepanjang kempen, sokongan yang diterima daripada para pengundi di Parlimen Pulai begitu memberangsangkan termasuk masyarakat Cina. - Gambar/ Facebook Zulkifli Jaafar

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Sukan Asia Hangzhou: Nur Suryani, Alia terlepas final 10m air rifle
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
Larian amal RimbaKita, platform promosi kelestarian alam
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia yang bersifat santai itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat usia.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

UNGA: Manila gesa penyelesaian aman berhubung pertikaian di Laut China Selatan
Filipina menggesa "penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa" berhubung pertikaian di Laut China Selatan.

Selena Gomez rasa terbeban jadi wanita paling ramai pengikut di Instagram
Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez merupakan wanita yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram buat masa ini.

Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.

PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.

PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.

PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.

PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.

PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.