[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan – Ikuti Perkembangan Di Sini
POLITICS

PRK Kuala Kubu Baharu: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

Bernama 11/05/2024 | 09:28 MYT
Proses pengundian di 17 pusat mengundi masih berlangsung dalam suasana hujan dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
HULU SELANGOR: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian di 17 pusat mengundi masih berlangsung dalam suasana hujan dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini.

Terdahulu, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, yang memiliki 40 pengundi, telah ditutup pada 2 petang tadi.

Proses penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna serta Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

-- BERNAMA




#PRK Kuala Kubu Baharu #peratus keluar mengundi #Suruhanjaya Pilihan Raya #proses penjumlahan undi