awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir

Bernama
Bernama
15/08/2024
14:46 MYT
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Ahmad berkata setiap pengundi di DUN itu perlu sentiasa dibantu dan disantuni termasuk pada hari mengundi Sabtu ini. - Gambar fail/Bernama
GUA MUSANG: Berbaki kurang 48 jam, jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setiap pengundi di DUN itu perlu sentiasa dibantu dan disantuni termasuk pada hari mengundi Sabtu ini.
"Alhamdulillah semua berlangsung (kempen) dalam keadaan aman, menunjukkan kematangan demokrasi di negara ini.
"Sepanjang pengalaman saya menyertai kempen PRK sejak tahun 90-an, PRK DUN Nenggiri antara paling harmoni," katanya kepada pemberita selepas meninjau kemajuan kerja fizikal pembaikan cerun di Seksyen 5.8 dekat Kampung Limau Kasturi di sini hari ini.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail mewakili PAS.
Kerusi DUN itu kosong berikutan pengumuman Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#Barisan Nasional
#UMNO
#hari mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan