awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/09/2023
16:03 MYT
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil sebagai suatu perkembangan yang positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada Sabtu.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
"Keputusan ini ternyata suatu perkembangan yang positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan," katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini, pada Sabtu.
Suhaizan dan Nazri berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) menerusi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.
Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641, mengalahkan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperolehi 29,642 undi.
Sementara itu, Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon Bebas, S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Kedua-dua PRK berkembar berkenaan dijalankan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#pilihan raya kecil
#Pakatan Harapan
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan