JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal PRK Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.
Beliau menyifatkan proses pengundian dilihat cukup teratur tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
"Alhamdulillah pengundian berjalan lancar...kita ada dua tempat pengundian awal iaitu di Markas Polis Marin Wilayah Dua dan Balai Polis Kempas yang masing-masing akan tutup pukul 5 petang dan 12 tengah hari," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal PRK Pulai di Markas Polis Marin Wilayah Dua, di sini hari ini.
Sementara itu Suhaizan menegaskan penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) melambangkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bertanding dalam PRK berkenaan dengan beliau dipilih sebagai wakil.
"Sama macam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, walaupun belum ada keputusan lagi, namun status quonya itu adalah daripada Barisan Nasional (BN), jadi kita (PH) akan bantu BN nanti," katanya apabila diminta mengulas sejauh mana PH mampu meyakinkan pengundi BN untuk mengundi PH meskipun tiada logo dacing di kertas undi.
PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru di kerusi masing-masing, melibatkan pertembungan antara calon PH dengan Perikatan Nasional dan calon Bebas.
PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Suhaizan(tiga, kiri) ketika meninjau proses undi awal sempena PRK Parlimen P.161 Pulai di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Tampoi hari ini. - Foto Bernama
Hina Sultan Kedah, lelaki dipenjara sebulan, denda
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran berupa hasutan terhadap institusi diraja.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Argentina
Sekumpulan penunjuk perasaan di Argentina bertempur dengan polis di luar bangunan kongres negara pada Rabu.
Ia susulan keputusan Presiden Javier Milei yang menghalang kenaikan pencen meskipun mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Ia susulan keputusan Presiden Javier Milei yang menghalang kenaikan pencen meskipun mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Taufan Yagi ragut lebih 200 nyawa di Vietnam
Sekurang-kurangnya 324 orang dilaporkan maut atau hilang akibat tanah runtuh dan banjir kilat dicetuskan Taufan Yagi hujung minggu lalu.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
EA, Ubisoft, Activision, Roblox dilapor ke Suruhanjaya Eropah, didakwa tipu pelanggan
Antara isu yang dibangkitkan oleh BEUC ialah syarikat permainan video itu tidak telus dengan pelanggan khususnya kanak-kanak.
Kes tangguh, Najib masih menerima rawatan di HKL
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan Najib masih lagi sakit lutut selain mengalami rasa mengantuk berikutan kesan daripada ubat diberikan kepadanya.
Siapa sakau duit negara mesti dihukum - PM
Persana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komimen kerajaan Madani dalam memerangi jenayah salah guna kuasa dengan menegaskan tiada siapa yang terlepas daripada hukuman jika disabit bersalah dalam jenayah berkenaan.
Waktu berkuasa membisu, PMX tempelak bekas pemimpin Sabah mahu juarai isu MA63
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak bekas pemimpin Sabah yang mempertikaI komitmen Kerajaan Madani dalam mengembalikan hak-hak wilayah itu yang terhakis seperti mana yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedangkan ketika berkuasa, mereka membisu seribu bahasa.
Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus
Polis selesai merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya bahawa haram mengundi calon PH.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu
PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB
Kalau nak cari 'baju Johor', Bazar Karatlah tempat perlu dituju.
PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.
PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan
Semua pengundi luar kawasan bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.
Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution
Tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai adalah akibat terpengaruh dengan Pas.
PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu dibuat Muhyiddin pada Sabtu lepas (2 Sept).